design by lonneke
1000 pcs = RM1.50
500 pcs = RM 1.80
1. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya lapan minggu sebelum majlis perkahwinan. Deposit mestilah dibuat pada minggu pertama penempahan dan bayaran deposit tidak akan dipulangkan jika pelanggan membatalkan tempahan. 2. Rekabentuk grafik, pemilihan font, warna, tema kad, wordings dan peta di lonneke creative studio mestilah ditentukan dan diserahkan pada minggu pertama membuat penempahan. Pelanggan tidak dibenarkan menukar atau mengubah citarasa setelah artwork siap. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang kelewatan pada waktu penghantaran. 3. Pengesahan artwork bermaksud pelanggan hanya dibenarkan membuat semakan dan pembetulan pada ejaan nama, tarikh, tanda/ikon/tulisan jawi, peta, alamat, nombor telefon, aturcara majlis, doa dan lain-lain hal membabitkan kesalahan penulisan (typing error). 4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan maklumat atau cetakan sekiranya ia sudah mengikut apa yang disahkan oleh pelanggan semasa proses pengesahan pada draf terakhir. Oleh itu anda dinasihatkan supaya menyemak butiran tempahan serta draf artwork dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan ejaan sebelum percetakan. 5. Lonneke Creative Studio berhak mempamerkan artwork di lonnekestudio.blogspot tanpa kebenaran pelanggan. |